Log Masuk

Keterangan Lesen

Jenis Lesen Keterangan Lesen
Gerai Sementara BermusimLesen ini untuk kebenaran menjalankan perniagaan Gerai Sementara Bermusim seperti pada musim perayaan (bulan ramadhan, deepavali, kew ong Ya, thaipusam dan tahun baru cina) dan musim buah-buahan tempatan (seperti durian, cempedak, manggis dan rambutan). Kebenaran ini tertakluk kepada lokasi dan tempoh yang ditetapkan oleh MBPP dari masa ke semasa.

Sila Rujuk Ke Bahagian Iklan Di Laman Utama Untuk Permohonan

Gerai Sementara PromosiLesen ini untuk kebenaran menjalankan perniagaan Gerai Sementara Promosi. gerai sementara promosi yang dibenarkan adalah seperti promosi khas produk/perkhidmatan yang tidak melibatkan sebarang aktiviti jual beli di tapak gerai. Tempoh dibenarkan diantara 1 hari hingga 30 hari sahaja.



Lesen Gerai Tanah PersendirianLesen ini adalah untuk kebenaran MENJALANKAN PERNIAGAAN GERAI DI TANAH PERSENDIRIAN



Lesen AnjingLesen ini untuk kebenaran memelihara Anjing. Pemohon perlu memuatnaik SALINAN KAD PENGENALAN PEMILIK dan juga GAMBAR ANJING BERSAMA PEMILIK (BERSAIZ 4R).

Klik Sini Untuk Mohon

Lesen BecaLesen ini untuk kebenaran mendapatkan lesen beca dan lesen pengayuh beca

Klik Sini Untuk Mohon

Lesen Iklan SementaraLesen ini untuk kebenaran memaparkan Iklan Sementara seperti banting, belon, billboard dan sepanduk

Klik Sini Untuk Mohon

Lesen Kompleks Membeli-belahLesen ini untuk kebenaran menjalankan perniagaan di kompleks membeli-belah dan kompleks komersial

Klik Sini Untuk Mohon

Lesen KompositLesen ini untuk kebenaran menjalankan perniagaan seperti Tred (Perniagaan, Perindustrian), Establisymen Makanan (bahan makanan mentah, kedai makanan, makanan siap), Tempat Letak Kereta Persendirian (dalam bangunan, tempat terbuka), Rumah Urut, Tempat Hiburan Awam (bar, bowling alley, karaoke, kedai perjudian, kelab malam, pawagam, snooker, video), Iklan Tetap (billboard, dinding berlampu/tidak berlampu, melintang berlampu/tidak berlampu, terjulur berlampu/tidak berlampu, unipole/led/skysign/rooftop) dan garaj (pameran/penjualan/servis alat ganti/membaiki kenderaan bermotor).

Klik Sini Untuk Mohon

Permit Menggali Semula MayatLesen ini untuk MENDAPATKAN PERMIT Menggali Semula Mayat

Klik Sini Untuk Mohon

Lesen Pemungut Bahan Kitar SemulaLesen ini untuk Pemungut Bahan Kitar Semula

Klik Sini Untuk Mohon

Permit Pesta MakananLesen ini untuk mendapatkan permit Pesta Makanan

Klik Sini Untuk Mohon

Lesen Penganjur Pasar Pagi / Pasar MalamLesen ini adalah kebenaran untuk menganjurkan Pasar Pagi/Malam Termasuk Pasar Minggu/Tani. Penganjur yang dibenarkan untuk memohon adalah Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Komuniti (JKKK), Persatuan Penduduk Setempat dan Lain-lain Agensi yang diluluskan oleh Jawatankuasa Khas. Penganjur perlu mematuhi Syarat-Syarat Garis Panduan Pasar Pagi/Malam/Minggu/Tani Pindaan 2012.

Anda Perlu Daftar Untuk Mohon

Lesen Penjaja Pasar Pagi/Pasar Malam (Individu)Lesen ini adalah kebenaran untuk menjalankan perniagaan di Pasar Pagi/Malam. Mana-mana individu yang berminat perlu mendaftar dengan penganjur yang telah diluluskan oleh MBPP. Lesen individu ini hanya akan dikeluarkan setelah didaftar dan disahkan oleh pihak penganjur. Setiap permohonan lesen dan pengisian tapak penjaja perlu melalui penganjur yang berlesen dengan MBPP sahaja.



Lesen Penjaja Statik SementaraLesen ini adalah KEBENARAN KHAS untuk menjalankan perniagaan di bawah kategori penjaja sahaja. Kelulusan untuk mendapatkan tapak/gerai adalah melalui proses temuduga yang wajib dihadiri oleh mana-mana individu yang berminat. Tarikh temuduga akan diiklankan secara rasmi melalui portal eLESEN dengan melayari elesen.mBpp.gov.my



TPS, Pasar dan KompleksLesen ini adalah kebenaran untuk menjalankan perniagaan di tapak/gerai di kompleks, pasar dan tapak penjaja (sementara) MBPP. Kelulusan untuk mendapatkan tapak/gerai adalah melalui proses temuduga yang wajib dihadiri oleh mana-mana individu yang berminat. Tarikh temuduga akan diiklankan secara rasmi melalui portal eLESEN dengan melayari elesen.mBpp.gov.my

Sila Rujuk Ke Bahagian Iklan Di Laman Utama Untuk Permohonan

Hakcipta Terpelihara © Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Sesuai dipapar menggunakan Mozilla Firefox versi 5.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768
^ Ke Atas